Nak makan Buttermilk Chicken 'baik'? Boleh cuba sini!
- nadiahcore
- Sep 16, 2020
- 2 min read
Ada satu malam, my husband and I nak baru balik dari somewhere and quite clueless nak makan apa. I masih dalam tinggal kat rumah mak in Subang after delivering my first born, so kitorang cari je lah makanan sekitar je (this time pantang dah habis). Then kitorang perasan satu kedai makan The Flavor Cafe sebelah Main Place Mall - tuan kedai Muslim but usually visited by the Chinese sebab area sini banyak business run by Chinese.

Entrance look. Outdoor dining juga disediakan. Grab food dalam senarai bagi penduduk sekitar USJ 21.
Dari luar kedai ni pon nampak teratur and kemas kedainya. Tak sangka ni kedai Muslim tapi kat dalam ada letak ayat Quran, jadi jangkaan kedai Melayulah sebab krew pon Melayu. Suasana dia sangat cafe feel and sesuai untuk korang yang nak buat kerja dekat sini as 'third space'.Sesuai juga untuk adakan reunion atau family gathering and also baby friendly sebab ada label dilarang merokok (yeay for us!). Jadi sangat selesa untuk family terutamanya yang ada anak kecil (thumbs up!). Untuk makluman juga, diorang ada offer sewa dewaan kat tingkat dua atas cafe, selain daripada untuk keluarga dan santai, boleh juga digunakan untuk workshop dan office usage meeting.

Indoor setup. Kitorang selalu duduk di seat hijau sebab ada baby and selalu baringkan baby dekat atas kerusi dinding.
Dari segi menu sangat beraneka dari lauk Melayu, ke pasta, ke western, makanan fusion, termasuklah cakes, desserts and coffee! Malam tu my husband makan mee goreng mamak but lupa nak snap gambar. But dari segi masakan dia acceptable and kitorang agree boleh repeat or perhaps jadikan our regular cafe.

Aneka makanan dan minuman.
Then on our second visit, kitorang cuba set lunch offer yang ada beberapa pilihan digabungkan dengan free ice lemon yang juga ada pilihan tiga jenis perisa - serai, teh hijau dan bunga matahari.

Set lunch Buttermilk Chicken (bawah) dan set lunch Sweet Sour Fish (atas), Air gula untuk Ice Lemon Tea diasingkan (good!). Each set RM15.90. Worth of its food value and presentable!

Diorang padankan set tengahari ni dengan telur separuh masak, salad dan hirisan tomato. Cuma I rasa portion nasi dia macam tak cukup, alih-alih lauk tu kene habiskan tanpa nasi. Tapi to us, buttermilk tu rasanya just nice termasuk dari segi lemak dan rasa manis. Ngam-ngam untuk orang yang kawal gula and perisa dalam makanan. Another thumbs up!

That marvelous taste of Buttermilk Chicken~ Sampai hari ni teringat-ingat.

Set tengahari sweet sour fish. Gorengan ikan tu memang tip top, jadikan lauk ni kombinasi baik antara gorengan ikan dengan kuahnya.

Ikan goreng tu sedap~
Macam disebutkan tadi, tak dipanggil cafelah kalau takde cake, dessert and coffee. Setakat ni kitorang belum buat sebarang pesanan tapi nanti another round of visit kita akan cuba order cake and pastry pulak, also coffee!

Secara keseluruhannya, kitorang puas hati dengan cafe ni dan akan cuba makanan yang lain. Harga makanan dekat cafe ni munasabah dengan dekorasi dan suasana, bermula dari RM10 dan ke atas. Kitorang recommend sangat korang cuba set lunch diorg.





Apa pendapat korang? Do share me your view atau sesiapa yang pernah makan sini boleh kongsi dengan kitorang juga. So do drop the comment down below!
Till then - signing off~
Nadiahcore
留言