top of page

Nak Tart Cake? Korang kene singgah sini!

  • Writer: nadiahcore
    nadiahcore
  • Sep 19, 2020
  • 2 min read

Kalau korang nak cari something different in a cake house, korang patut singgah Jiju's Cafe yang terletak di Putra Heights, Subang Jaya. Apa yang lain adalah cafe ni menjual aneka tart yang perisa chocolate caramel, nutella, fruit and banoffee tart yang berharga RM6 setiap satu.


Jiju's Cafe di Putra Heights, turut mempunyai ruang parkir yang banyak.


Tart cake yang terhidang bagi penggemar tart.


Seperti cake cafe yang lain, barisan kek tersedia hidang seawal jam 11pagi untuk pembelian bawa pulang atau makan di cafe. Antara jenis pilihan kek adalah :

  • Chocolate

  • Strawberry

  • Gula Melaka Pandan

  • Victoria Sandwich

  • Cheese burnt cake

  • Classic butter cake

  • Butterscotch vanilla

  • Nuttella butter

  • Lemon Poppy Seed cake










Kesemua kek di atas berharga RM12 sepotong arau RM120 untuk satu biji, kecuali Lemon Poppy Seed cake berharga RM8 sepotong.


Manakala untuk penggemar brownies, terdapat beberapa perisa kesukaan ramai seperti salted caramel dan oreo brownies (RM7), chocolate dan congo bars (RM6).


Sekiranya nak makan non-sugary food, pastry seperti rolls and curry puff turut tersedia untuk dinikmati waktu petang. Korang boleh order scone (RM7), sausage roll (RM8), sardine puff, ayam dan telur curry puff (RM6), croissant (RM4.50) dengan aneka spread seperti butter, jam and kaya (tambahan RM1 masing-masing).



Macam biasa, tak lengkaplah makan tanpa minum dengan pelbagai pilihan jenis coffee dan juice. Harga minuman tersenerai di papan menu di dinding kaunter, bermula dari RM6 dan ke atas. Sangat berpatutan bagi saya yang gemar dengan coffee.



Dari segi seating setup, kedua-dua indoor dan outdoor dining ada untuk mereka yang nak buat perjumpaan rakan-rakan, meeting dan celebration untuk small group juga sesuai selain daripada mereka yang mahu ada me time dengan chill dan relax sambil membaca buku yang tersedia di rak cafe.






Apa yang membezakan cafe ini dengan yang lain adalah bartender dan juga owner cafe ini yang menyambut pelanggan dengan penuh mesra, selain seorang yang peramah dan membuat pelanggan selesa ketika bersembang ketika berada di cafe. Kudos kepada bartender tersebut atas kemesraannya dan membuat Jiju's cafe hidup, selain daripada senarai lagu dan muzik yang dimainkan. Rare tau nak jumpa bartender best macam ni. Cafe lain bolehlah mencontohi beliau ya *wink*.



Ini apa yang kami order :

Fruit tart


Nutella tart


Foamy ice chocolate. Up to my taste!


Jadi, korang patut cuba datang dengan rakan-rakan korang lepak and chill sini. Dengan harga berpatutan, korang mesti nak repeat lagi ke Jiju's Cafe ni 🤗

 
 
 

Comments


NADIAHCORE SHARES

bottom of page