top of page

Restoran Asli Jepun dikendali oleh Melayu Muslim di Shah Alam

  • Writer: nadiahcore
    nadiahcore
  • Jan 26, 2022
  • 3 min read

Korang teringin tak makan kedai Jepun yang ada persekitaran berkaitan tapi dikendali oleh owner Melayu-Muslim?


Maksud Niku-tsutei adalah niku (daging) dan tsutei (tentang) jadi maksud penuh dia Tentang Daging.

Korang boleh jumpa kedai ni di Bukit Jelutong, Shah Alam. Korang search nama Nikusutei Japanese Muslim Restaurant di google atau instagram https://www.instagram.com/nikusutei_shahalam/



Kedai ni hidang makanan mostly makanan asli Jepun macam soba and udon noodles, tempura, tenpayakki, bento, tendon dan beberapa jenis sushi macam nigiri, sushi rolls, maki and tak lupa salmon sashimi.


Selain dari tu, orang Malaysia kita suka dessert lepas makan, atau trend hari ni kita suka ada kek sekali kan? Diorang ada masukkan menu sebiji kek harian termasuk kegemaran sis, pavlova. So lepas jamah menu utama, boleh order sikit kek share dengan family atau kawan-kawan.


Sis kalau rasa nak makan lunch yang pure Japanese and tak meragukan, sis akan ke sini. Rasa macam makan sini berbaloi berbanding makan kat kedai Jepun halal yang lain.


Tempura Mix Set Undon; RM28. Juga terdapat dalam set soba atau nasi.


Untuk posting kali ni, sis share makanan favourite sis order setiap kali datang sini.

Sis akan order Tempura Mix Set Undon yang dihidangkan bersama Udon dalam kuah khas dengan seafood digoreng dengan tepung tempura macam potongan sotong besar/tebal, fish fillet, udang, sayur pilihan (terung, labu, capsicum). Tempura ni kene makan cicah dengan sos khas dia and boleh dicampur dengan serpihan tempura nak bagi rasa lebih ranggup and umph.



Tengok udon diangkat panas-panas dari kuah dia. Seeedap!

Sayur dan seafood tempura. Cicah dengan sos tempura memang layan panas-panas.

Yang lagi best, as veggie lovers, sis suka Japanese salad dia! Dia guna sos mayo Jepun yang mengimbau kembali masa sis kecik-kecik dulu. Saya kalau makan ni confirm kenyang gila and sangat-sangat syorkan untuk korang yang first time Japanese eater atau first time visit.



Favourite Japanese salad. Sos mayo Jepun mmg betul-betul bagi kick bila campur aduk.

Sis sebelum tu ada order nigiri sushi - Ebi sushi atau sushi udang. Dia akan bagi satu piece sahaja, so harga dia pon satu. Maksudnya dia tak serve dua per set macam kedai-kedai lain buat. Tapi yang best, udang dia panjang and isi banyak compare to kalau kita gi makan tempat lain. Ni pon antara favourite sis kalau order sbb puas gila dapat ngap!



Ebi Sushi dengan wasabi. Susah sis nak jumpa udang panjang lebar macam ni kat restoran lain. Puas gila kot.


Masa korang baru duduk, pelayan akan hidang serbut cili Jepun dan shoyou sos (sos kicap Jepun) atas meja. Benda ni buka pre-served, dia akan hidang bila ada customer je kat meja. Kalau nak order atau panggil pelayan, kome tekan je butang call tu.


Untuk dessert, sis mesti akan order Chawanmushi. Chawanmushi ni tea cup steamed egg custard yang dihidang dengan pelbagai pilihan isi macam ayam atau potongan ketam, fish cake Jepun, cendawan dan juga kekacang hijau sebagai topping. Awas ya, Chawanmushi ni panas bila hidang, so kene makan perlahan-lahan kalau tak lecur mulut dalam tu.


Korang tengok tu, lembut sangat isi dia!

Untuk rasa hidangan sempurna, sis suka minum dengan teh hijau Jepun. Biasanya sis akan ambil yang versi panas, tapi cuaca masa order ni tengah panas, so sis minta la yang ais punya. Peh, lega. Macam tempat lain, teh Jepun ni free flow. So sebab tu la sis suka. Air kosong pon kene bayar extra kalau minta lebih. Baik green tea kan?



Ais ocha; RM5. Bottomless.

Dari segi persekitaran restauran, dia ala modern sikit dan ada baaanyak set kerusi meja. Tapi kalau peak hour memang confirm penuh, setiap hari terutamanya tengahari. Ramai orang bekerja turun makan situ, lagi-lagi kalau gaji. Sis kalau pergi sana, sis akan gerak dari rumah jam10.30am macam tu sebab Bukit Jelutong agak jauh dari rumah sis and also jam sikit. So dalam 11.30am ngam kedai bukak je sis akan terus lunch kat situ. Sorang-sorang pon jalan!




Sekitar jam 11.30am lebih. Masih belum dipenuhi orang. Kelihatan ada meja panjang yang dah di-book terlebih awal. Kalau nak roger diorg for reservation, boleh check kat instagram account diorg ya!

Kedai buka setiap hari Selasa hingga Ahad, dari jam 11 pagi hingga 4 petang dan ada waktu rehat seketika dan dibuka semula jam 6 petang hingga 10 malam untuk dinner session. Tutup setiap hari Isnin ok! So kalau excited nak makan make sure start hari Selasa.



Sis tak sempat nak order makanan lain. Maybe next time sis singgah lagi, sis akan share and review the food and price ok. Mungkin korang boleh share your experience juga. So, till then next time!







 
 
 

Comments


NADIAHCORE SHARES

bottom of page